Thursday 21 May 2009



Buat tatapan sidang penonton...

Adakala diri ini rasa terpinggir dari rahmat ALLAH, tapi mengenangkan setiap cebisan kudrat dalam diri sehingga mampu bernafas, melentur jaluran buah fikiran, aku terus tersedar...sudah terhantuk baru terngadah, betapa besarnya limpahan kasih sayangNYA dalam hidup kita...kan? Lantas diri ini memohon maghfirah daripadaNYA, lantaran perasaan melulu yang mengelabui segenap inci fakta kehidupan, yang sudah terang lagi bersuluh. Takkan aku tegar berdiri di sini tanpa sepalit dari kudratNYA menciptakan aku...takkan aku mampu mencoret barang sepatah dua kata secara lisan tanpa pemberian nikmatNYA...aku akur akan kelemahan diri aku...

SUBHANALLAH...

Buat sahabat sekalian,

hm...kehidupan bukan satu kalimah yang mudah untuk didefinisikan. kehidupan adalah suatu wacana rumit, membabitkan hubungan bersama sesama manusia, hidup dalam sebuah masyarakat. persoalannya, bagaimana mereka ini boleh menyahut entiti perpaduan dalam sebuah komuniti? tatkala sebuah kabilah menyuarakan hak atas semangat membela bangsa, sebelah pihak lain melontarkan propaganda akan hak atas ideologi...maka terjadilah peperangan sesama manusia...janji TUHAN, adat makhluk bergelar khalifah di dunia, tidak akan sunyi setiap tanah di muka bumi dari pertumpahan darah. jadi dengan apa kita boleh bersatu...???

Sungguh, tiada apa yang boleh menyatukan manusia sejagat, berlainan bahasa, bangsa, jurai keturunan, kasta, pangkat dan kekayaan, apatah lagi warna kulit, melainkan FAITH...kepercayaan terhadap yang SATU, hidup di bawah dustur yang berpaksikan hak saksama sesama jantina, bangsa, serta agama. apa lagi yang bisa kita jadikan, sedangkan TUHAN yang menjadikan kita, maka pasti DIA yang mengetahui tabiat natural kita, maka apa salahnya kita menuruti setiap dustur yang telah digariskan olehNYA...???

Mana-mana sudut dunia yang menafikan ajaran yang telah digariskan ISLAM, cuba menafikan kepentingan sejagat berdasrakan aspek RABBANIYYAH. prinsip hudud yang dikatakan melanggar hak asasi manusia, dilihat bertentangan dengan teras manusia secara natural...sampai bila dunia akan bersatu???

wahai dunia...

aku menanti saat kedamaian dicanang seluruh alam...tiada pertumpahan darah, manusia hidup atas pegangan yang sama, membela apa yang telah tertindas, sejak terputusnya nubuwwah dari menjadi wasilah wahyu kepada umat sejagat...

No comments:

Post a Comment